buatlah belian bersama rakan2 untuk menjimatkan kos

tuan-tuan/puan-puan yang berminat untuk membeli secara online dinasihatkan supaya membuat belian lebih daripada satu buku kerana kos penghantaran untuk satu buku ialah rm8. kalau beli lima buku kos posnya ialah sekitar rm8 juga.buatlah belian bersama rakan2 untuk menjimatkan kos. nak less 20% jadi ahli.saya tolong daftarkan.

Sabtu, 21 Mei 2011

Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif :Abdul Rahman, B. Pharm

RM39.90
Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontrovasi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung disyaki mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitik beratkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut. 
Buku Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif  ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca bagi menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Selain menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi sumber babi dan pilihan alternatif yang ada, buku ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa perubatan terkini yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan